Selamat Datang Sekapur Sireh Sebatang Pinang
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Di sini saya akan berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan tentang kisah dan pengalaman hidup ketika di dalam perantauan, pengembaraan atau lawatan baik di dalam atau luar negeri.. Sumbangan pengalaman dari sesiapa sahaja adalah sangat dialu-alukan..
Wednesday, 1 April 2009
Pengalaman Hidupku 1
Aku sekarang dah hampir dua setengah tahun berada di bumi orang, hampir dua tahun di Syria dan lima bulan di Lubnan. Kerinduan terhadap keluarga, kampung halaman terutamanya makanan & minuman kegemaran sememangnya tidak dapat ditahan hingga termimpi-mimpi. Bayangan 'nasi lemak ikan aya & kepok lekor T'ganu', nasi beriani Mohd Shah Batu Pahat, gulai itik serati Tanah Merah, teh tarik 'fresh' Cameron Highlands, sup perut Haji Hussain King Sungai Golok dan lain-lain lagi membuatkan dada bergolak untuk pulang. Tambahan pula sebagai seorang yang suka berjalan dan menjelajahi pelusuk tanahair hingga ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia & Singapura, aku sememangnya sentiasa dan masih mengingati setiap tempat yang ku singgahi terutamanya kedai-kedai makan yang tersohor. Pantang je terdengar tentang makanan sedap di satu-satu tempat, pasti akan singgah jika kebetulan lalu kat situ. Semasa dalam perjalanan samada bersama keluarga atau kawan, biasanya dah 'set' siap-siap kat mana nak makan pagi, tengahari atau malam. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah di bandar Muar pada tahun 2003 bila tercari-cari restoran mee bandung Muar ketika dalam perjalanan ke Mersing. Oleh kerana hanya mendengar nama je sebelum tu dan masih belum mencubanya, maka tercari-carilah kami sekeluarga kat mana letaknya restoran tu. Setelah berpusing-pusing hampir sejam, malam pun dah hampir larut, maka terpaksalah singgah aje di restoran biasa. Kempunanlah kami pada malam tu, hingga sekarang pun tak tau lagi camna rasanya mee bandung tu. Insyaallah kalau berkesempatan bila pulang nanti, kami akan mencubanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment