Selamat Datang Sekapur Sireh Sebatang Pinang

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Di sini saya akan berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan tentang kisah dan pengalaman hidup ketika di dalam perantauan, pengembaraan atau lawatan baik di dalam atau luar negeri.. Sumbangan pengalaman dari sesiapa sahaja adalah sangat dialu-alukan..

Wednesday, 1 April 2009

Syria oh Syria

Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cara, budaya & adat resam tersendiri.. Samada ia dianggap negatif atau positif, ia terpulang kepada cara kita menilainya. Pengalaman hampir dua tahun berada di bumi Syria yang dikenali sebagai Syam pada zaman dahulu banyak mengajar dan memberi pendedahan berguna kepadaku. Secara ringkas, di sini aku perturunkan secara ringkas antara budaya & adat resam masyarakat Syria yang boleh dikongsi bersama :-

  1. Kalau kita biasa mendengar bahawa orang Arab selalunya kasar dan kurang berbudi bahasa, mungkin anggapan itu akan berubah bila kita bergaul dengan orang Syria. Banyak budaya positif & cara berkomunikasi yang boleh kita pelajari daripada mereka. Sebagai contoh, apabila hendak pergi meninggalkan atau berpisah dengan seseorang, mereka pasti akan bertanya adakah kita perlukan sesuatu daripadanya (dalam pertuturan mereka disebut 'biddak shi?' maksudnya 'awak perlukan sesuatu?'). Biasanya yang ditanya akan menjawab 'biddi salamatak' bermaksud 'saya nakkan keselamatan awak'. Walau bagaimana pun, adab positif ini tidak termasuk cara memandu kereta di jalan raya (walau pun mereka lebih baik daripada cara rakyat Saudi. Kalau berada di Saudi khususnya Mekah, jarang kita dapat lihat kereta yang tidak kemek disebabkan sikap pemandu di sana yang gopoh & tidak sabar ketika memandu.)
  2. Orang Syria tak suka jaga tepi kain orang. Kecuali 'mukhabarat' (polis rahsia) mereka yang sentiasa memantau keselamatan rakyat dan berada dimana-mana di bumi mereka, rata-rata rakyat Syria yang lain tidak pedulikan hal orang lain. Kalau di Malaysia, adalah sangat mengaibkan jika seorang lelaki Islam tidak bersolat Jumaat atau tidak berpuasa di khalayak ramai, akan tetapi di sana tiada siapa yang pedulikan kita. Tiada penguatkuasa agama yang akan menahan kita. Tiada jiran yang akan mengadu hal kita. Rakyat bebas (tanpa segan) memilih cara hidup masing-masing.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment