Selamat Datang Sekapur Sireh Sebatang Pinang
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Di sini saya akan berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan tentang kisah dan pengalaman hidup ketika di dalam perantauan, pengembaraan atau lawatan baik di dalam atau luar negeri.. Sumbangan pengalaman dari sesiapa sahaja adalah sangat dialu-alukan..
Tuesday, 29 December 2009
Makanan Istimewa Lebanon
Setiap bangsa ada makanan tradisi atau pun makanan asing yang diolah menjadi hidangan istimewa mereka... Kalau kita berkunjung ke Lebanon atau Lubnan, kita akan menemui banyak hidangan istimewa yang dihidangkan jika kita berkunjung ke rumah-rumah mereka atau restoran. Walau bagaimana pun, makanan asasi mereka yang tak dapat ditinggalkan ialah homos yang dimakan bersama roti. Ia juga menjadi makanan asasi bagi penduduk rantau ini termasuk Israel, Syria, Jordan dan lainnya. Homos sebenarnya lebih kurang macam sambal kacang atau mentega kacang Lady's Choice akan tetapi berlainan daripada mentega kacang, ianya dibuat daripada kacang kuda rebus yang dicampur dengan sedikit pati bijan dan garam lemon. Pertama kali memakannya mungkin tidak terasa kelazatannya berbanding makanan rantau Asia Timur akan tetapi antara kelebihan homos ialah kita tak akan jemu memakannya walau pun setiap hari.. Jika kita di Malaysia, homos dapat dinikmati di beberapa restoran Arab di ibu negara akan tetapi jika kita ingin mencuba yang 100% seperti di Lebanon, boleh berkunjung ke Restoran Souq Beirut yang terletak di rumah kedai berhadapan dengan Stesyen LRT Setiawangsa. Cubalah juga masakan2 lain rantau Mediterranean di restoran tersebut..
Wednesday, 1 April 2009
Syria oh Syria
Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cara, budaya & adat resam tersendiri.. Samada ia dianggap negatif atau positif, ia terpulang kepada cara kita menilainya. Pengalaman hampir dua tahun berada di bumi Syria yang dikenali sebagai Syam pada zaman dahulu banyak mengajar dan memberi pendedahan berguna kepadaku. Secara ringkas, di sini aku perturunkan secara ringkas antara budaya & adat resam masyarakat Syria yang boleh dikongsi bersama :-
- Kalau kita biasa mendengar bahawa orang Arab selalunya kasar dan kurang berbudi bahasa, mungkin anggapan itu akan berubah bila kita bergaul dengan orang Syria. Banyak budaya positif & cara berkomunikasi yang boleh kita pelajari daripada mereka. Sebagai contoh, apabila hendak pergi meninggalkan atau berpisah dengan seseorang, mereka pasti akan bertanya adakah kita perlukan sesuatu daripadanya (dalam pertuturan mereka disebut 'biddak shi?' maksudnya 'awak perlukan sesuatu?'). Biasanya yang ditanya akan menjawab 'biddi salamatak' bermaksud 'saya nakkan keselamatan awak'. Walau bagaimana pun, adab positif ini tidak termasuk cara memandu kereta di jalan raya (walau pun mereka lebih baik daripada cara rakyat Saudi. Kalau berada di Saudi khususnya Mekah, jarang kita dapat lihat kereta yang tidak kemek disebabkan sikap pemandu di sana yang gopoh & tidak sabar ketika memandu.)
- Orang Syria tak suka jaga tepi kain orang. Kecuali 'mukhabarat' (polis rahsia) mereka yang sentiasa memantau keselamatan rakyat dan berada dimana-mana di bumi mereka, rata-rata rakyat Syria yang lain tidak pedulikan hal orang lain. Kalau di Malaysia, adalah sangat mengaibkan jika seorang lelaki Islam tidak bersolat Jumaat atau tidak berpuasa di khalayak ramai, akan tetapi di sana tiada siapa yang pedulikan kita. Tiada penguatkuasa agama yang akan menahan kita. Tiada jiran yang akan mengadu hal kita. Rakyat bebas (tanpa segan) memilih cara hidup masing-masing.
Bersambung...
Pengalaman Hidupku 1
Aku sekarang dah hampir dua setengah tahun berada di bumi orang, hampir dua tahun di Syria dan lima bulan di Lubnan. Kerinduan terhadap keluarga, kampung halaman terutamanya makanan & minuman kegemaran sememangnya tidak dapat ditahan hingga termimpi-mimpi. Bayangan 'nasi lemak ikan aya & kepok lekor T'ganu', nasi beriani Mohd Shah Batu Pahat, gulai itik serati Tanah Merah, teh tarik 'fresh' Cameron Highlands, sup perut Haji Hussain King Sungai Golok dan lain-lain lagi membuatkan dada bergolak untuk pulang. Tambahan pula sebagai seorang yang suka berjalan dan menjelajahi pelusuk tanahair hingga ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia & Singapura, aku sememangnya sentiasa dan masih mengingati setiap tempat yang ku singgahi terutamanya kedai-kedai makan yang tersohor. Pantang je terdengar tentang makanan sedap di satu-satu tempat, pasti akan singgah jika kebetulan lalu kat situ. Semasa dalam perjalanan samada bersama keluarga atau kawan, biasanya dah 'set' siap-siap kat mana nak makan pagi, tengahari atau malam. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah di bandar Muar pada tahun 2003 bila tercari-cari restoran mee bandung Muar ketika dalam perjalanan ke Mersing. Oleh kerana hanya mendengar nama je sebelum tu dan masih belum mencubanya, maka tercari-carilah kami sekeluarga kat mana letaknya restoran tu. Setelah berpusing-pusing hampir sejam, malam pun dah hampir larut, maka terpaksalah singgah aje di restoran biasa. Kempunanlah kami pada malam tu, hingga sekarang pun tak tau lagi camna rasanya mee bandung tu. Insyaallah kalau berkesempatan bila pulang nanti, kami akan mencubanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)