Selamat Datang Sekapur Sireh Sebatang Pinang
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Di sini saya akan berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan tentang kisah dan pengalaman hidup ketika di dalam perantauan, pengembaraan atau lawatan baik di dalam atau luar negeri.. Sumbangan pengalaman dari sesiapa sahaja adalah sangat dialu-alukan..
Wednesday, 30 March 2011
Pengalaman Termakan 'Lembu Kaki Pendek'...
Suatu pagi nan dingin (akhir musim bunga), di bandar Hanoi, Vietnam... saya baru turun dari hotel dengan Encik Kamal & Akmar berdekatan Ga Hanoi (Stesyen Keretapi Hanoi), rakan traveller yg bersama2 mengembara berkeretapi dari Kuala Lumpur melalui Thailand, Cambodia & Vietnam pada April 2010.. Tiba2 terlihat di tepi hotel tersebut seorang 'makcik' sedang menjual sesuatu yang diriba di atas pehanya. Apabila didekati, terlihat dia sedang meletakkan nasi pulut dan ditabur dengan sesuatu seakan2 kelapa. Terus teringat akan pulut digaul kelapa yang menjadi favorite saya di kampung (kalau di utara sebelah Grik, ianya dinamakan sebagai 'pulut nyiuq tabur'). Oleh kerana dah beberapa hari tidak menjamah nasi disebabkan kesukaran mendapatkannya (satu-satunya restoran Malaysia di Hanoi ialah Restoran Nisa yang diusahakan oleh Encik Ben Taat Alias, bekas pemain takraw negara di tengah Bandar Hanoi), maka saya terus tanpa berfikir panjang meminta makcik tersebut menghidangkannya untuk saya & Encik Kamal. Sebaik pulut yang masih panas tersebut dihidangkan diatas pinggan berlapik plastik, saya terus memakannya dengan berselera. Akmar yang datang agak kemudian juga menjamahnya daripada hidangan Encik Kamal, sambil bertanyakan kami sambal apakah yang dihidangkan bersama pulut tersebut. Saya terus menjawab ianya mungkin sambal kelapa dicampur dengan ikan masin (kerana itu yang saya rasa ketika memakannya). Ketika hidangan dah tinggal hampir 20% di pinggan saya, Akmar sekali lagi bertanya,Ýe ke ikan ni?, lalu kami terus bertanya kepada makcik tersebut menggunakan bahasa isyarat ádakah ini ikan?. Dengan selamba dia menggelengkan kepala lalu memberi isyarat dengan meletakkan tangannya menolak hidungnya ke atas lalu melafazkan, oing..oing.. lalu terbayanglah akan lembu berkaki pendek (babi) di kepala kami. Encik Kamal dengan perlahan2 dengan wajah yang agak kecewa meletakkan hidangan tersebut (dia baru habiskan separuh..hehe..sedangkan saya dah nak habis), manakala saya yang sudah agak kenyang, tersenyum sambil ucapkan, Alhamdulillah kerana dah kenyang... itulah pengalaman yang agak sukar dilupakan di sana, disamping pengalaman melihat seekor anjing 'steam' sedang mengangakan mulut yang diletakkan di dalam rak jualan kaca .. patutlah kawan2 saya cakap, kalau kat Malaysia.. kalau ada pekerja Vietnam tinggal, akan 'hilang'lah anjing2 liar yang sebelum ini mungkin banyak di kawasan tersebut..rupanya dah jadi hidangan istimewa mereka..
Wednesday, 20 January 2010
Goat Head's Soup
If we got chance to travel to Iran, one of the best local menu we should try is goat head's soup or in Persian language 'Kaleh Poche'. This soup is made from goat's head & legs and served with their traditional bread. It's also very delicious if we have it as breakfast or 'bruch' (breakfast + lunch) especially during autumn or winter coz it would cause us uncomfortable if taken during summer due to hot weather. We can find the restaurants that sell this menu at many corners of the towns.
p/s : the picture beside, however is not taken from Iran. It was taken when I wanted to cook the same soup nearly two months ago..
Tuesday, 29 December 2009
Makanan Istimewa Lebanon
Setiap bangsa ada makanan tradisi atau pun makanan asing yang diolah menjadi hidangan istimewa mereka... Kalau kita berkunjung ke Lebanon atau Lubnan, kita akan menemui banyak hidangan istimewa yang dihidangkan jika kita berkunjung ke rumah-rumah mereka atau restoran. Walau bagaimana pun, makanan asasi mereka yang tak dapat ditinggalkan ialah homos yang dimakan bersama roti. Ia juga menjadi makanan asasi bagi penduduk rantau ini termasuk Israel, Syria, Jordan dan lainnya. Homos sebenarnya lebih kurang macam sambal kacang atau mentega kacang Lady's Choice akan tetapi berlainan daripada mentega kacang, ianya dibuat daripada kacang kuda rebus yang dicampur dengan sedikit pati bijan dan garam lemon. Pertama kali memakannya mungkin tidak terasa kelazatannya berbanding makanan rantau Asia Timur akan tetapi antara kelebihan homos ialah kita tak akan jemu memakannya walau pun setiap hari.. Jika kita di Malaysia, homos dapat dinikmati di beberapa restoran Arab di ibu negara akan tetapi jika kita ingin mencuba yang 100% seperti di Lebanon, boleh berkunjung ke Restoran Souq Beirut yang terletak di rumah kedai berhadapan dengan Stesyen LRT Setiawangsa. Cubalah juga masakan2 lain rantau Mediterranean di restoran tersebut..
Wednesday, 1 April 2009
Syria oh Syria
Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cara, budaya & adat resam tersendiri.. Samada ia dianggap negatif atau positif, ia terpulang kepada cara kita menilainya. Pengalaman hampir dua tahun berada di bumi Syria yang dikenali sebagai Syam pada zaman dahulu banyak mengajar dan memberi pendedahan berguna kepadaku. Secara ringkas, di sini aku perturunkan secara ringkas antara budaya & adat resam masyarakat Syria yang boleh dikongsi bersama :-
- Kalau kita biasa mendengar bahawa orang Arab selalunya kasar dan kurang berbudi bahasa, mungkin anggapan itu akan berubah bila kita bergaul dengan orang Syria. Banyak budaya positif & cara berkomunikasi yang boleh kita pelajari daripada mereka. Sebagai contoh, apabila hendak pergi meninggalkan atau berpisah dengan seseorang, mereka pasti akan bertanya adakah kita perlukan sesuatu daripadanya (dalam pertuturan mereka disebut 'biddak shi?' maksudnya 'awak perlukan sesuatu?'). Biasanya yang ditanya akan menjawab 'biddi salamatak' bermaksud 'saya nakkan keselamatan awak'. Walau bagaimana pun, adab positif ini tidak termasuk cara memandu kereta di jalan raya (walau pun mereka lebih baik daripada cara rakyat Saudi. Kalau berada di Saudi khususnya Mekah, jarang kita dapat lihat kereta yang tidak kemek disebabkan sikap pemandu di sana yang gopoh & tidak sabar ketika memandu.)
- Orang Syria tak suka jaga tepi kain orang. Kecuali 'mukhabarat' (polis rahsia) mereka yang sentiasa memantau keselamatan rakyat dan berada dimana-mana di bumi mereka, rata-rata rakyat Syria yang lain tidak pedulikan hal orang lain. Kalau di Malaysia, adalah sangat mengaibkan jika seorang lelaki Islam tidak bersolat Jumaat atau tidak berpuasa di khalayak ramai, akan tetapi di sana tiada siapa yang pedulikan kita. Tiada penguatkuasa agama yang akan menahan kita. Tiada jiran yang akan mengadu hal kita. Rakyat bebas (tanpa segan) memilih cara hidup masing-masing.
Bersambung...
Pengalaman Hidupku 1
Aku sekarang dah hampir dua setengah tahun berada di bumi orang, hampir dua tahun di Syria dan lima bulan di Lubnan. Kerinduan terhadap keluarga, kampung halaman terutamanya makanan & minuman kegemaran sememangnya tidak dapat ditahan hingga termimpi-mimpi. Bayangan 'nasi lemak ikan aya & kepok lekor T'ganu', nasi beriani Mohd Shah Batu Pahat, gulai itik serati Tanah Merah, teh tarik 'fresh' Cameron Highlands, sup perut Haji Hussain King Sungai Golok dan lain-lain lagi membuatkan dada bergolak untuk pulang. Tambahan pula sebagai seorang yang suka berjalan dan menjelajahi pelusuk tanahair hingga ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia & Singapura, aku sememangnya sentiasa dan masih mengingati setiap tempat yang ku singgahi terutamanya kedai-kedai makan yang tersohor. Pantang je terdengar tentang makanan sedap di satu-satu tempat, pasti akan singgah jika kebetulan lalu kat situ. Semasa dalam perjalanan samada bersama keluarga atau kawan, biasanya dah 'set' siap-siap kat mana nak makan pagi, tengahari atau malam. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah di bandar Muar pada tahun 2003 bila tercari-cari restoran mee bandung Muar ketika dalam perjalanan ke Mersing. Oleh kerana hanya mendengar nama je sebelum tu dan masih belum mencubanya, maka tercari-carilah kami sekeluarga kat mana letaknya restoran tu. Setelah berpusing-pusing hampir sejam, malam pun dah hampir larut, maka terpaksalah singgah aje di restoran biasa. Kempunanlah kami pada malam tu, hingga sekarang pun tak tau lagi camna rasanya mee bandung tu. Insyaallah kalau berkesempatan bila pulang nanti, kami akan mencubanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)